Feed on
Posts
Comments

01.jpg

 Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 4 – 6 Julai 2007 telah menganjurkan Muzakarah Ulama’ 2007 di Ipoh bertemakan “Menyoroti Gandingan Ulama’ dan Umara’ Dalam Kemerdekaan Negara: Mengimbas 50 Tahun Berlalu Ke Arah 50 Tahun Mendatang.”

Program ini amat signifikan untuk diberikan perhatian atas sifatnya sebagai menyampaikan perspektif ulama’ sebagai siraj al-ummah (obor penyinar jalan ummah) dalam meneliti imbasan 50 tahun kemerdekaan negara sebagai panduan kepada setengah abad kedua negara ini. Continue Reading »

Adab Berdakwah

adabda1.gif

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik, dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin.”
[Surah An-Nahl:125]

Hikmah dalam erti “mengenal golongan”:

Bila seorang pembawa da’wah sudah mengayunkan langkah, bermacam corak manusia yang akan dijumpainya. Dia akan berhadapan dengan fahaman-fahaman dan pegangan-pegangan tradisional yang sudah berurat dan berakar; dengan sesetengah orang yang mahu menolak tiap-tiap apa yang baru; dengan kegigihan orang yang ingin mempertahankan kedudukan pendapatnya, dan yang bimbang kalau-kalau apa-apa yang hendak disampaikan itu akan merugikannya; dengan kejahilan orang yang bodoh, yang reaksinya secara bodoh pula; dengan cerdik cendekiawan yang hanya mahu menerima sesuatu atas dasar hujjah dan keterangan-keterangan yang “nyata”; dengan orang-orang yang sangsi disebabkan oleh bemacam pendengaran-pendengaran atau pengetahuan-pengetahuan yang serba-serbi; dan sebagainya. Tiap-tiap jenis itu harus dihadapi dengan cara yang sepadan dengan tingkat kecerdasan, sepadan dengan alam fikiran dan perasaan serta tabiat masing-masing. Continue Reading »