Ceramah Perbankan Islam di Seri Manjung (8/3/2009)

Salam

Ust Syahrul Nizam Zahari

Ust Syahrul Nizam Zahari

Satu ceramah Perbankan Islam akan diadakan di Surau Diri Jumaat (Surau MADAH), Fasa 1A, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan pada 8 Mac 2009 (Ahad), jam 9.00 malam. Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Syahrul Nizam Zahari, Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam.

Beliau akan mengupas tentang sejarah perbankan Islam, aplikasi Syariah dalam perbankan Islam dan isu-isu yang berbangkit daripada perlaksanaan perbankan Islam di Malaysia.

Seluruh pembaca dan umat Islam dijemput hadir.

2nd Venture Capital and Private Equity Conference

Salam

Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) and Malaysian Venture Capital and Private Equity Association (MVCA) will organize the above program with theme “Rooting Islamic Alternative Investments and Strategic Funds: Strengthening Cross Border Partnership” on 20-21 May 2009 at Kuala Lumpur Convention Centre.

Among the invited speakers are:

  1. Dato’ Yusli Mohamed Yusof (CEO, Bursa Malaysia)
  2. Jane Zhu (Head of Asia Pacific, London Stock Exchange)
  3. Abdullatif Mohamed Janahi (CEO, Venture Capital Bank)
  4. Etsuaki Yoshida (Deputy Director, Japan Bank for International Cooperation)
  5. Professor Dato’ Dr Sano Koutob Mustapha (Deputy Chairman, Islamic Fiqh Academy of Jeddah)
  6. Associate Professor Dr Aznan Hassan (Shariah Advisor, Bursa Malaysia)
  7. Sheikh Esam Ishaq (Deputy Chairman/ Shariah Advisor, Discover Islam Centre)

For further details, kindly log in http://www.islamicvc.com/

Kenapa Kena Baca Ta’awwuz?

Salam

Seorang teman bertanya kenapa kena baca ta’awwuz apabila membaca al-Quran. Kenapa Allah memerintahkan demikian? Adakah Syaitan boleh menyertai dalam membaca al-Quran, kalam Allah Taala? Soalan-soalan ini merujuk kepada ayat-ayat dalam Surah al-Nahl:

16_098

Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur’an, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.

16_099

Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

 16_100

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin mereka, dan orang yang mempersekutukan Allah

Apa hikmahnya? Mungkin jika dalam ikhtiar membuat kerja maksiat, wajar memohon perlindungan Allah daripada Syaitan; moga-moga si celaka itu pergi dan tidak mendorong kepada mendurhakai Allah. Imam Jaafar al-Sadiq membuat penjelasan yang menarik seperti dipetik oleh Dr Muhammad ‘Ali al-Sabuni dalam Rawa’i al-Bayan fi Tafsir Ayatil Ahkam:

“Sesungguhnya lidah manusia ini kerap dicemari dengan penyakit-penyakitnya seperti berbohong, mengumpat dan lain-lain. Maka sebelum membaca kalimah-kalimah yang suci yang turun daripada Tuhan Yang Maha Suci, maka bersihkanlah ia dahulu dengan memohon perlindungan daripada Syaitan yang direjam.”

Jangan Jadi Si Kitol!

Salam

Isteri saya menulis tentang Si Kitol dan kesan buruknya kepada masyarakat. Lihatlah bagaimana Si Kitol memporak-porandakan Kerajaan Islam Melaka. Banyak organisasi Islam juga hancur kerana “anak-cucu” Si Kitol…

Sebaliknya, dalam mana-mana institusi atau organisasi, ambillah panduan ini:

1) Pesan Nabi SAW kepada sahabat dalam Perang Hunain: “Jagalah tempat di mana kamu ditugaskan menjaga. Jangan biarkan musuh menerobos masuk melalui tempat yang kamu jaga.” Utamakan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. Janganlah hancurnya organisasi berpunca daripada kelemahan fungsi di bawah jagaan kita. Dalam pengalaman hidup saya yang singkat ini, saya melihat banyak organisasi Islam hancur kerana ramai yang lebih suka menuding jari kepada orang lain, tetapi lupa dalam masa yang sama 3 jari menuding kepada diri sendiri.

2) Kata pepatah Arab: “Bukanlah seorang pemuda yang berkata, bapaku demikian-demikian (hebatnya), tetapi seorang pemuda ialah yang berkata, ini aku di sini.” Lihatlah ke dalam diri. Apa untungnya organisasi dan ummah dengan adanya kita. Memang sejarah dahulu hebat, tetapi lebih hebat kalau kita menambah sejarah itu dengan lebih kehebatan, demi Islam.

3) Bekerjalah dengan ikhlas. Usah hiraukan sama ada ia dilihat dan dihargai orang atau tidak. Buatlah kerana Allah dan dunia akan mengikuti di belakang. Jagalah hak Allah, nescaya Allah menjaga hak kita. Firman Allah:

9_105

“Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang mukmin akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah: Ayat 105)

Bank Islam Is to Merge With Maybank Islamic?

Salam

The above is a popular question by the public to me during my kuliah and other meetings. Of course fellow members are interested with the development because Bank Islam is owned by the ummah and its establishment since 25 years ago marked ummah’s willing to uphold the Islamic teachings especially on Islamic commercial laws (fiqh al-muamalat) in Malaysia. The Star reported on Thursday (19/2/2009)(http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/19/business/3299550&sec=business), a fair news on the issue:

PETALING JAYA: The proposed merger between Bank Islam and Maybank Islamic Bank is believed to have been put on hold at the Bank Negara level.

StarBiz understands that Bank Negara is in favour of the idea but has requested both parties to spend more time to study their capital base and further put their house in order, before any potential move to merge.

Contrary to market perception, the Bank Islam brand name will likely be retained, should the idea take off.

This is in view of the strength and visibility of its brand as well as its status as the country’s oldest Islamic bank.

It is also learnt that at this juncture, the plan is to retain Bank Islam’s managing director Datuk Zukri Samat to head the merged entity.

Zukri has been credited with doing a good job in continuing the turnaround process in Bank Islam, which was once loss-making.

According to industry sources, a special entity is likely to be created under which the two banks will be merged.

Apparently, shareholders of Bank Islam met in Dubai some time back purportedly to discuss the issue.

Maybank is the largest Islamic banking services provider in the Asia Pacific region.

It converted its Islamic window operations into a stand-alone Islamic bank early last year.

The Dubai Group, the foreign and major shareholder that had injected RM828mil into Bank Islam, will have to sell its stake in Bank Islam to Maybank Islamic for the merger to take place.

One carrot that could be dangled to the Dubai Group, in the event that it does not agree to sell, is to offer an Islamic banking licence for them to start their own Islamic banking operations in the country.

This could also be a way for Maybank to get a more realistic pricing compared with its recent overseas deals which had drawn considerable flak from analysts.

Last week, Zukri said Bank Islam might raise funds to bolster its capital in view of the current global financial crisis, and that he was examining the bank’s balance sheet.

He added that the bank’s non-performing loans level had improved as it had undertaken restructuring measures and upgraded its underwriting standards.

Its risk-weighted capital ratio, a measure of a bank’s health, had improved to 12.9% last financial year from 12% in 2007.

Bank Islam posted a 30.3% higher profit before zakat and tax of RM308.3mil for the financial year ended 30 June, 2008. This was achieved on a 14% increase in income to RM1.15bil.

At Maybank, a rights issue of RM3bil is being considered to shore up its balance sheet following its major acquisitions of three banks in Indonesia, Pakistan and Vietnam last year.

The bank’s total capital requirement is RM12bil while it has thus far raised RM9.1bil.

Catatan Colombo…

Salam

1. Saya tiba di Bandaranaike International Airport, Colombo pada 12.30 pagi (waktu tempatan) 5/2/2009 lalu, setelah bertolak dari KLIA pada jam 8.05 malam. Perjalanan penerbangan MH189 , Malaysia Airline menuju dahulu ke Male International Airport, Maldives mengambil masa 4 jam 30 minit sebelum berpatah balik ke Bandaranaike International Airport, Colombo yang mengambil masa sejam. Penerbangan yang sama akan pulang ke KLIA pada malam yang sama dan akan tiba di KLIA pada jam 7.45 pagi.

2. Semasa saya tiba, Colombo dihiasi dengan bendera negaranya kerana baru merayakan ulangtahun kemerdekaannya ke 61 pada 4/2/2009. Negara kepulauan ini pernah dijajahi oleh beberapa kuasa besar dunia dan paling akhir oleh British. Sungguhpun, begitu negara ini kurang maju kerana ketidak-stabilan politiknya terutamanya peperangan menghadapi LTTE (Tentera Harimau Tamil) di bahagian utara pulau ini.

Bangunan depan ialah Sekretariat Presiden, bangunan putih di belakang ialah Calagari Hotel tempat saya menginap, menara berkembar ialah World Trade Centre dan menara bulat ialah Bank of Ceylon

Bangunan depan ialah Sekretariat Presiden, bangunan putih di belakang ialah Calagari Hotel tempat saya menginap, menara berkembar ialah World Trade Centre dan menara bulat ialah Bank of Ceylon

3. Kawalan keselamatan cukup ketat kerana saya tiba semasa darurat baru disambung semula oleh Parlimen. Tentera kerajaan sedang menganyang LTTE di kawasan utara dan daripada akhbar tempatan, saya mendapat maklum bahawa hanya tinggal kawasan seluas 25 km X 20 km sahaja masih dalam kawalan LTTE. Pada 5/2/2009, tentera kerajaan baru menguasai pangkalan laut terakhir LTTE. Televisyen dan akhbar berperanan sebagai alat propanda kerajaan dalam menghadapi LTTE. 60% daripada akhbar Inggeris tempatan (saya membaca 3 daripadanya setiap hari di kafeteria hotel) mengfokuskan tentang perkara ini dan driver teksi (semasa pulang) menceritakan bahawa rakyat negara ini menanti tamatnya perang untuk memulakan fasa baru dalam negara mereka.

4. Dalam perjalanan ke Galadari Hotel dimana saya menginap daripada Bandaranaike International Airport iaitu sejauh 35 km yang mengambil masa 1 jam 10 minit, ada 4 sekatan jalanraya dan pada setiap kalinya saya diminta menunjukkan pasport. Seorang lelaki Cina warga Malaysia yang duduk di sebelah saya dari Male International Airport ke BIA menjelaskan bahawa itu situasi biasa di Colombo dan itu sudah cukup untuk saya menyediakan fikiran saya sebelum mendarat di BIA. Galadari Hotel terletak di “security area” kerana di situ terletaknya kediaman Presiden dan pangkalan tentera. Oleh itu, mengambil gambar tidak dibenarkan daripada tingkat hotel. Setiap pagi dan malam saya melihat helikopter tentera turun dan naik. Dimaklumkan bahawa mereka membawa Presiden Sri Lanka terutamanya ke pusat pentadbirannya negara di Sri Jayawardenepura Kotte. Dapat saya perhatikan setiap kali helikoper turun, akan ada tiga kereta mewah yang sama dengan bendera Presiden bergerak. Mungkin untuk menggelirukan musuh LTTE yang menjadikan Presiden sebagai sasaran mereka.

Galle Face Green di hadapan hotel. Fungsinya seperti Dataran Merdeka di KL

Galle Face Green di hadapan hotel. Fungsinya seperti Dataran Merdeka di KL

5. Majoriti penduduk Sri Lanka dan Colombo berbangsa Sinhalese (keturunan Aryan) iaitu 40% dan bangsa-bangsa utama lain ialah Tamil dan Moors. Terdapat juga orang Melayu dan diantara mereka ialah Pengarah Sumber Manusia, Amana Investment Limited (http://www.amana.lk/) yang menjemput saya di hotel pada 5/2/2009 iaitu Fairozue Burah dan Tuan Razin, PA kepada Pengarah Urusan Amana. Muslim mewakili 3% penduduk, tetapi pengaruh Muslim dalam ekonomi dan politik cukup hebat. Galadari Hotel (5 bintang) tempat saya menginap dimiliki oleh Muslim dan makanannya adalah halal (kecuali arak yang turut wujud dalam premis tersebut). KFC dan Mc Donalds juga halal. Pizza Hut baru sahaja mendapat pengesahan halal daripada Jam’iyyat Ulama’ Sri Lanka pada bulan lalu. 7 orang daripada anggota kabinet adalah beragama Islam walaupun mereka datang daripada parti yang pelbagai.

6. Di seluruh Colombo terdapat sebanyak 6000 maulavi/ maulana (Ustaz di Malaysia) dan kebanyakan mereka mendapat pendidikan di Pakistan. Saya menjadi tamu makan malam kepada Maulavi Mufti M.I.M. Rizvi iaitu Presiden Jam’iyat Ulama’ Sri Lanka. Ulama yang boleh berbahasa Inggeris ini (saya bertanya kepada beliau dalam bahasa Arab, tetapi dijawabnya dalam bahasa Inggeris, akhirnya kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris) mendapat pendidikan di Pakistan ini turut menjadi ahli Majlis Pengawasan Syariah Amana. Jam’iyat Ulama adalah menjadi “pihak berkuasa” bagi urusan-urusan umat Islam di sana. Kebanyakan rakyat adalah bermazhab Syafie.

7. Sebuah parti umat Islam turut wujud sejak sekian lama di Sri Lanka iaitu Muslim Party of Sri Lanka. Pada Jumaat lalu, saya dijemput untuk makan tengahari di rumah Maulavi Siraj, Internal Shariah Supervisor, Amana Investment Limited. Anak muda 27 tahun ini mendapat pendidikan awal di madrasah di Sri Lanka dan kemudian ke Afrika Selatan selama 4 tahun. Beliau adalah cucu menantu kepada pengasas Muslim Party of Sri Lanka. Datuk beliau pernah menjadi menteri kerajaan Sri Lanka dan telah mati dibunuh dalam “kemalangan” helikopter.

8. Amana Investment dalam proses mendapatkan lesen perbankan komersial daripada bank pusat Sri Lanka. Setelah diperolehi kelak, ia akan dikenali sebagai Amana Bank dan menjadi institusi perbankan Islam pertama di Sri Lanka. Saya berkesempatan untuk mengemukakan pandangan dalam proses tersebut dengan Pengarah Urusan, Ketua Pengurusan Risiko dan Shariah Supervisornya. Dua pembentangan juga sempat saya sampaikan iaitu “Treasury Products and Practices in Malaysia” kepada Corporate Management Team (CMT) dan “Shariah Compliance Framework of an Islamic Bank” kepada CMT dan pengurus-pengurusnya. Banyak kerjasama lain akan diteruskan dengan Bank Islam sebagai lanjutan rapat yang telah sedia wujud sejak tahun 1997 lagi.

Kota Bharu Medical Centre

10/2/2009

How to Climb the Corporate Ladders?

Salam

Alhamdulillah, finally I reached KLIA safely at 7.45 am. corporate-ladderIn my MH189 flight to Colombo on 4th February 2009, I read a very interesting article titled “Love Your Job? Then Save It!” written by Jia Lynn Yang in Fortune magazine, February 2009 edition. Although she is focusing on several tips in securing current jobs during the economic turmoil, but the same tips may serve as a guide for those interested in climbing the corporate ladders. She wrote on DO’s and DON’TS which can be summarized as follows. Happy reading..

DO’S

  1. Do take credit… but don’t “walk around with a big neon sign that says I’M GREAT.” Look for opportunities to let people know (especially your superiors) know what you’re doing. One good strategy: Create a paper trail by copying your boss on email (but selectively) and periodically take the initiative to send a summary of what you’re working on. I’m of the opinion that this is not fall under the category of riya’.
  2. Do volunteer more work. Companies are making cut, so someone needs to pick up the extra work. Do it with smile, and you’re a dream employee.
  3. Do chat with your boss and your boss’s boss. If you’re at cafeteria, strike up a conversation. Be ready with a question, like “I just about something our competitor’s doing. What’s your take on that?”
  4. Do a self review (muhasabah). Try this exercise. Imagine your boss, our boss’s boss and the HR director all sitting in a room categorizing people. What are they going to say about you? How much they value your work?
  5. Do arrive early and stay late. This is obvious and no longer optional. Make your commitment visible by pulling long hours. Also, lay off the SMSs and personal calls during business ours.
  6. Do feel your boss’s pain. If you feel as if you’re being marginalized, talk to your superior and find out what his priorities these days. Ask your boss, “What are the biggest goals right now, and how can I help?”
  7. Do stay informed. Set a Google alert for your company so that you’re up on what’s going on. You’ll be a better sense for when layoffs are coming. Plus, smart employees know how their piece of the business fits into the larger picture of what’s happening at the company.

DON’TS

  1. Don’t ask for a raise or a promotion. Be patient and be grateful for now that you’ve a job. Of course, please ensure that your KPIs are achieved.
  2. Don’t be high maintenance. People who are demanding, difficult, or whiny, or otherwise take up too much of their superior’s energy, are the first to go.
  3. Don’t gossip about the company. It’s tempting to compare notes with co-workers, but obsessing about your fears will only distract you from being productive. “It’s a diversion of your energy, and whatever answers you’re coming up with aren’t that helpful.”

KLIA Sepang
8th February 2009

Sedih Pergi dan Sedih Kembali

Salam

Alhamdulillah dapat membuat sedikit catatan pada hari ini di sini. Selama 3 hari di Colombo, Sri Lanka saya tidak mendapat access kepada internet. Kos internet di Calagari Hotel, tempat saya menginap sekitar RM18 sejam. Semasa berada di pejabat Amana Investment Limited, saya tidak berkesempatan untuk access kepada internet kerana kesibukan kerja. Sekarang saya di Bandaranaike International Airport, Colombo menanti penerbangan ke KLIA iaitu pada jam 1.45 am waktu tempatan (4.15 am waktu Malaysia).

Saya bertolak ke Colombo pada 4 Februari 2009 (Rabu) lalu dalam kesedihan kerana 2 sebab; (1) meninggalkan anak, isteri dan keluarga. Ini kali kedua saya keluar negara selepas Najiyya lahir. Ketika Najiyya berusia 20 hari dulu, saya ke London untuk tugas di European Islamic Investment Bank, (2) ketidaktentuan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kerana pengkhianatan manusia yang tidak istiqamah. Saya cuma mengikuti perkembangan melalui SMS yang sahabat-sahabat forwardkan (saya tak balas pun kerana faktor kos) dan baru malam ini dapat access internet di BIA dan dapat perkembangan melalui website2 tertentu.

Allahyarhamuhu Ustaz Dr Abdullah Ibrahim

Allahyarhamuhu Ustaz Dr Abdullah Ibrahim

Saya pulang ke KL juga dalam keadaan sedih kerana pagi tadi Ustaz Syahrul Nizam, Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam menghantar SMS tentang pemergian ahli MPS, Ustaz Dr Abdullah Ibrahim jam 12.00 malam tadi. Beliau amat berjasa kepada Bank Islam, menjadi ahli majlis sejak awal penubuhan sehinggalah pemergiannya. Beberapa data tentang profil beliau ialah:

  1. Menjadi pensyarah di beberapa IPT iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia, Institut Pengajian Tinggi Islam Brunei Darussalam, Kolej Universiti Islam Insaniah dan Kolej Universiti Islam Darul Ulum.
  2. Mewakili Malaysia dalam Majma’ al-Fiqh al-Islamiy di bawah OIC dan pernah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi mewakili kawasan Asia.
  3. Pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
  4. Pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Istinbat Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam.
  5. Pernah menjadi ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Islam, Takaful Malaysia, LOFSA dan sebuah syarikat takaful di Kuwait.

Takziah kepada keluarga beliau, takziah kepada Imza Fazli (anak saudara beliau yang juga pegawai Bank Islam Baling). Semoga Allah mengganjarkan sebaik ganjaran kepada beliau. Al-Fatihah

Colombo, Sri Lanka

8/2/2009

Umrah Bimbingan Nazri Chik Sepanjang 2009/ 1430H

Salam

supplicating_pilgrim_at_masjid_al_haram__mecca_saudi_arabiaSeperti tahun-tahun lalu, Al-Waafi Travel menawarkan pakej-pakej umrah dan ziarah sepanjang tahun 2009/ 1430H. Pada tahun ini 7 pakej ditawarkan di antara bulan April 2009 – September 2009 dengan menggunakan penerbangan Singapore Airline dan Qatar Airline. Semua peserta akan diberikan kursus khas separuh hari tentang perlaksanaan ibadah umrah dan ziarah oleh Mohd Nazri Chik yang biasanya diadakan di Masjid al-Syakirin, KLCC. Maklumat lanjut seperti berikut:

PAKEJ-PAKEJ & HARGA

  1. 8 – 20 APRIL 2009 (13 hari 11 malam) – RM 5515 – Singapore Airline
  2. 17 – 28 APRIL 2009 (12 hari 10 malam) – RM 5205 – Qatar Airline
  3. 31 MEI – 12 JUN 2009 (13 hari 11 malam)  Cuti Sekolah – RM5850 – Singapore Airline
  4. 29 MEI – 9 JUN 2009 (12 hari 10 malam) Cuti Sekolah  – RM5550 – Qatar Airline
  5. 20 – 31 OGOS 2009 (13 hari 11 malam) Awal Ramadhan al-Mubarak – RM6350 – Singapore Airline
  6. 21 OGOS – 1 SEPTEMBER 2009 (12 hari 10 malam) Awal Ramadhan al-Mubarak & di bawah pimpinan Nazri Chik – RM 6050 – Qatar Airline
  7. 20 OGOS – 20 SEPTEMBER 2009 (32 hari 30 malam) Pakej Sebulan Ramadhan al-Mubarak – RM8000 – Qatar Airline
  • Harga bayi di bawah umur 2 tahun ialah RM1000
  • Harga kanak-kanak 2 – 12 tahun = potongan 20% daripada tiket penerbangan dewasa
  • Harga sebenar bergantung kepada harga penerbangan yang tertakluk kepada harga minyak dunia semasa

PENGINAPAN

Makkah – Al-Rasheed Hotel (120 meter daripada al-Masjid al-Nabawi) atau sebanding dengannya

Madinah – Mawaddah Hotel (30 meter daripada al-Masjid al-Nabawi) atau sebanding dengannya

  • Tambahan bayaran dikenakan untuk (1) dua orang sebilik iaitu RM300 seorang dan (2) tiga seorang sebilik RM 200 seorang

BERMINAT HUBUNGI…

  1. Ustaz Haji Osman – 016-2937785
  2. Haji Mohd Nor – 012-3758654
  3. Normah Hashim – 019-3094031