KAJIAN PERLAKSANAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) BERDASARKAN KONTRAK JU’ALAH

Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 28 Julai 2008 telah membincangkan Kajian Perlaksanaan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Berdasarkan Kontrak Ju’alah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bersetuju dengan caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN kepada pelajar atas konsep upah (ujrah) dengan kadar yang munasabah dan tidak membebankan pelajar.
  2. Pihak PTPTN boleh mengenakan pampasan (ta’widh) kepada pelajar yang telah mendapat pekerjaan tetap dan berkemampuan dari aspek kewangan tetapi sengaja tidak mahu membayar semula pembiayaan PTPTN. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kerja tetap dan tidak berkemampuan daripada aspek kewangan tidak dikenakan pampasan.
  3. Pihak PTPTN hendaklah memberikan rebat (ibra’) kepada pelajar yang berjaya melangsaikan pembiayaan lebih awal daripada tamat tempoh perjanjian; dan
  4. Bersetuju supaya pembiayaan PTPTN berasaskan konsep upah ini diaplikasikan kepada semua kategori pelajar di semua peringkat pengajian dan terpakai kepada seluruh pelajar tanpa mengira agama dan bangsa.
Advertisements