Salam
Jangan lupa Sabtu 7/3/2009. Tunjukkan rasa tidak puas hati kita dengan pengekalan Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) demi masa depan bangsa kita. Kita tidak musuhi Bahasa Inggeris, sedar pentingnya bahasa itu, tetapi kita bantah kaedah memajukan bangsa sebegitu, kerana ternyata lebih memudaratkan daripada memberi manfaat. Ingat perkara-perkara di bawah:
- Berkumpul di Sogo, Masjid Negara atau Central Market
- Pakai baju putih
- Jangan bawa senjata
- Jangan bawa bendera parti.
Berikut kenyataan media Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dikeluarkan oleh Hasni Abbas, Setiausaha GMP merangkap pimpinan kesatuan pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka:
Bersama Menjayakan Himpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut :
- Pusat Perniagaan SOGO
- Centrel Market
- Masjid Negara
Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Y.Bhg Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samasekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan.
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang dan ramai lagi
Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI. GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP. Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.
Bagi perkembangan semasa himpunan ini, sila lawati blog teman saya Saudara Suhaizan Kayat, AJK GMP yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat di http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

shaifulizans said:
Sape yang anti PPSMI ni sumer bengong. Tak pkir panjang. Jumud. Aku skrg keje kat Spore,company besar ada kat 140 buah Negara. field oil n gas lagi. gaji 7-8k sebulan wpun x sampai 2 thn grad. Alhamdulillah, rezeki. Tapi pandai b.inggeris atas kertas je (written english). spoken english hancus. colleagues sumer xtau cakap melayu. Aku gagahkan juga berckp BI. Macam mana comp nak promote? Kalu ada PPSMI bleh gak bebudak skrg belajar menguasai BI. Aku dulu bngong BI gak. Tapi sejak kene tarik hidung ngan Sir BI aku sebab berbelit lidah sebut perkatan “would” masa darjah 6, aku terus belajar BI sendiri. Aku ada member masa kat UTM dulu. Subjek SPM sumer score. Tapi BI x kredit. wat paperwork kena maki ngan lecturer sebab translate word by word. x ke bengong tu. masuk industri, takde sape nak wpun 1st class degree sbb BI hancus. So nak senang, diorang amik Cina. Pastu org melayu marahkan govt sebab graduan xde keje. Itula, orang Melayu. Pikir la… X kemana bangsa Melayu kalu org Melayu jadi kuli je, nak naik kena tolak sbb communication skill xde. Bini aku lagi kesian, ada masters in land admin, tapi skarg jadi surirumah sepenuh masa. Sape nk byr PTPTN dier? Aku gak…
Nazri Chik said:
Salam shaiful, nampaknya saudara gagal memahami isu. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minta pengajaran Bahasa Inggeris diperkukuhkan, tetapi bukan dengan cara mengajar Matematik dan Sains dalam BI. Bukan beerti GMP anti English. Saudara teruskan membaca pendirian GMP (google lagi…) dengan hati yang tenang dan saya yakin saudara akan nampak apa yang GMP perjuangkan.
pakdi said:
Kepada shaiful,
Saya lihat isu ni banyak dipusingkan oleh pihak berkepentingan menyebabkan ada pihak yang tidak faham.
Peringkat asas (sekolah menengah dan sekolah rendah) memerlukan pemahaman yang total dalam subjek-subjek tersebut. Bagaimana nak faham dengan total ? Sudah tentu dalam bahasa ibunda sendiri.
Di peringkat tertiary, (universiti) setelah asas pelajar ini kuat barulah boleh dimasukkan elemen bahasa inggeris atau bahasa lainnya.
Nak pandai Bahasa Inggeris perlu diajar dengan cara bahasa. Bukan pengajaran Sains dan Matermatik dalam BI.
Saya boleh bercakap BI pun sebab banyak membaca. Tak perlu pembelajaran Sains dan Matematik dalam BI pun.
Kalau kerajaan berpendapat PPSMI masih perlu diteruskan, mungkin kerajaan perlu buat satu lagi aliran sekolah. Aliran Inggeris macam dulu-dulu. Bukan sekadar Sains dan Matematik, tapi SEMUA diajar dalam BI.
Jadi ibu bapa yang rasa anak dia patut begitu, hantar lah ke SRJK (I). Macam SRKJ (T) dan SRJK (C).
Mana-mana ibu bapa rasa anak dia perlu belajar dalam bahasa Melayu, belajarlah di SK. SMK.
Kasihan anak-anak di kawasan luar bandar.
Sudahlah asas Sains dan Matematik tiada, asas BI pun tiada. Apa nak jadi ?