Salam

surah20al-fatihah1Semalam seorang teman yang banyak berjasa dalam pembangunan pasaran modal  Islam di Malaysia, Nik Ruslin Nik Jaafar, Ketua Jabatan Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah kembali mengadap  Allah Taala. Beliau pergi dengan meninggalkan legasi yang cemerlang dalam industri ini. Beliau pergi setelah mengidap barah hati dan beberapa bulan lalu menjalani pembedahan di Damansara Specialist Centre, tetapi Allah telah menjemputnya mendahului kita semua.

Saya berkereta dengan Ustaz Ahmad Arif dan Ustaz Izwadi ke Seksyen 13, Shah Alam dan solat Asar dan solat jenazah di surau berdekatan rumah al-marhum. Ramai tokoh & rakan dalam industri turut hadir memberi penghormatan terakhir. Dari kalangan penasihat Syariah, Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman (beliau datang seawal selepas solat Jumaat), Ustaz Mohd Bakir Haji Mansor, Professor Madya Dr Aznan Ismail dan Professor Dr Mohd Ali Baharom. Dari kalangan pegawai Syariah, kami bertiga dari Bank Islam, Ustaz Ahmad Suhaimi Yahya dan Ustaz Faiz (RHB Islamic) dan Ustaz Abdul Ghani Endut dan Ustaz Zailani Mahmud (CIMB Islamic). Pakar-pakar dalam industri, Jasani Abdullah (Hong Leong Islamic), Wan Rahim Kamil (SC), Suhaimi (peguam Tengku Hishamuddin & co) dan ramai-ramai lagi.

Semoga Allah mengganjarkan al-marhum sebaiknya atas jasanya kepada industri pasaran modal Islam di Malaysia dan juga di peringkat global. Al-Fatihah…

PERGI TAK KEMBALI

 

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa

 

Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara

Cemas di dada… lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata.

 

Selamat tinggal pada semua

Berpisahlah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baikkah atau sebaliknya.

 

Amalan dan takwa jadi bekalan

Sejahtera bahagia pulang… ke sana

 

Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim.

 

Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi

 

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiring doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi